Jumlah Paparan Home
Jumaat, 11 Mac 2011
Terkini : Jepun Dilanda Gempa Bumi dan Tsunami...
Salam... Ini adalah berita terkini mengenai gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun...
Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Bharian Online
(video)
Khamis, 10 Mac 2011
Antara Sahabat Dan Kawan...
Kawan, Dulu...
Aku pernah berkawan dengan, ketawa dan ketawa bersama,
segala-galanya bersama.
NAMUN,
Kini...
Bertentang mata jauh sekali,
Bila aku Menangis ingin meninggalkanmu,
Engku bersama orang kesembilan,
Inginku tahu dirimu,
Apakah makna sebuah persahabatan ini???
Sahabat, dulu dan kini,
ku tetap menjadi sahabatku,
Bersama menempuh onak dan duri,
Tidak kira dalam apa jua keadaan,
Bila diriku dalam kesedihan,
Engkau tetap setia bersamaku,
Menjadi pendorong diriku,
Sahabat,
Walaupun jauh di mata,
Dirimu tetap bersama di hati,
Antara sahabat dan kawan,
Sahabat yang aku mahukan,
Walaupun keadaan tidak menentu,
Engkaulah yang selalu mendampingku,
Buat sahabatku...[ALYA,ANA,FARID,FAIX,ANEE,DAUS,KAIRI,AYEE,WEIL]
mutiara kata
Gema Azan yang diseru, segala Dia yang menciptakan. Ingatlah... Hidupkan tidak selalu disirami bahagia. Maka lemparkanlah kelalaian, binalah sahsiah kehidupan baru berlandaskan Islam, al-quran dan al-sunnah, kerana ia pembimbing jalan kebenaran dunia dan akhirat...
Langgan:
Ulasan (Atom)
